KUCHING, 17 Mac -- Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menghulur sumbangan RM4 juta kepada Sarawak untuk menubuhkan Pusat Sehenti Intervensi Awal (OSEIC) sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.
Petronas dalam satu kenyataan hari ini berkata OSEIC adalah pusat sehenti untuk kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme, sindrom down dan masalah pembelajaran.
Pusat berkenaan akan menyediakan diagnosis awal, intervensi dan pemulihan untuk kanak-kanak sehingga usia enam tahun yang menghadapi masalah kelambatan dalam kemajuan pembelajaran atau berisiko untuk kelambatan.
“Kemudahan itu yang akan dibina di Metrocity Jalan Matang di sini akan dilengkapi pusat diagnostik, pusat intervensi awal, pra-sekolah, kawasan bermain dan pusat terapi.
“Cek sumbangan itu diserahkan kepada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah oleh Pengurus Besar Petronas Sarawak, Zulaihi Mantali,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]