Berita

COVID-19: Kementerian Kesihatan, TNB seru korporat Malaysia bekerjasama bantu usaha kerajaan



KUALA LUMPUR, 20 Mac -- Kementerian Kesihatan dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memulakan satu usaha kerjasama untuk menggalakkan syarikat korporat di Malaysia bekerjasama dengan kerajaan dan berganding bahu memerangi penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Inisiatif ‘Corporate Malaysia Against COVID-19 Action Coalition’ itu menggesa syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi lain untuk memberikan sokongan kewangan kepada Kementerian Kesihatan bagi membantu menambah bekalan perubatan yang semakin berkurangan ketika negara bergelut untuk membendung COVID-19,” kata Kementerian Kesihatan dan TNB dalam satu kenyataan bersama, hari ini. 

Sebagai perbadanan yang menerajui usaha ini, TNB telah berjanji memberi bantuan berjumlah RM10 kepada Kementerian Kesihatan baru-baru.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata pertambahan bilangan pesakit yang dijangkiti virus COVID-19 di Malaysia telah memberi tekanan kepada sumber hospital kerajaan yang dikhususkan bagi merawat penyakit itu.

“Bantuan kewangan ini daripada TNB akan membolehkan Kementerian Kesihatan mendapatkan peralatan penjagaan kesihatan dan perubatan segera yang diperlukan dalam usaha memerangi wabak COVID-19 yang sedang menular sekarang. 

“Kita berharap GLC dan perbadanan lain di Malaysia akan menyertai usaha kerjasama ini bagi membantu kami berdepan pandemik ini dengan lebih baik lagi,” katanya.

Pada Khamis, sebanyak 110 lagi kes baharu COVID -19 dilaporkan di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 900 kes.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ini adalah perjuangan yang kita semua terlibat di dalamnya. 

“Sebagai ketua syarikat korporat yang kejayaannya terbina di atas kudrat tenaga berjuta-juta rakyat Malaysia, kita kini perlu berganding bahu untuk menyumbang kembali kepada masyarakat,” katanya. 

“Kerjasama antara sektor awam dan swasta kini amat diperlukan. Saya ingin menyeru rakan-rakan saya dalam sektor korporat Malaysia untuk berganding bahu bersama kami dalam tempoh sukar ketika ini dan menyediakan sokongan kritikal kepada pekerja penjagaan kesihatan barisan hadapan kita,” kata Amir Hamzah.

Perbadanan dan organisasi yang berminat untuk memberikan sokongan boleh menghubungi Kementerian Kesihatan di talian (03)8883-3069/3076/2406.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]