Berita

TNB henti pemotongan bekalan, bacaan meter semasa Perintah Kawalan Pergerakan



KUALA LUMPUR, 20 Mac -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menghentikan operasi pemotongan bekalan, bacaan meter dan Kedai Tenaga di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, dari 18 Mac-31 Mac.

Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman berkata langkah itu diambil untuk menjaga kepentingan orang awam dan warga kerja TNB yang terlibat.

Beliau berkata petugas teknikal syarikat itu akan bekerja untuk memastikan perkhidmatan dan bekalan yang berterusan.

“Ini termasuk kakitangan teknikal di bahagian elektrikal dan grid (talian penghantar elektrik), kerja-kerja penyambungan dan pemasangan semula serta bahagian operasi kritikal lain seperti khidmat pelanggan, kemudahan kawalan tenaga dan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di 15454 atau melalui laman Facebook TNB CareLine.

Pelanggan juga dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan transaksi dalam talian untuk sebarang urus niaga, seperti portal myTNB dan aplikasi TNB, katanya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]