Credit: Bomba
JOHOR BAHRU, 16 Mac -- Empat ditemui rentung manakala seorang masih hilang dalam kebakaran di Diesel Hydro Treater unit di Pengerang, dekat Kota Tinggi, malam tadi.
Sementara itu, seorang mangsa selamat manakala seorang lagi didapati 70 peratus melecur dalam kebakaran kira-kira 10.50 malam, kata Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pauzan Ahmad.
"Terdapat tujuh orang mangsa yang terlibat, seorang mangsa keluar sendiri dikenali sebagai Mohd Saiful Amat, seorang lagi cedera dikenali sebagai Arnado Alexander," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Identiti mangsa yang dipercayai rentung dan hilang adalah Fadhi Akmal Fadzil, Azarul Ashraf Nor Akmal, Norfazly Md Nor, Che Huzaidy Che Harun dan Hadi Syafiq Jamil.
Setakat 11.15 pagi ini, operasi masih dijalankan melibatkan 33 anggota JBPM dan sembilan jentera dan dibantu 37 anggota Central Emergency & Fire Services (CEFS) Pengerang dan lapan jentera.
Terdahulu, Pauzan berkata Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran Diesel Hydro Treater Unit melalui talian terus ke balai pukul 11.18 malam tadi.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, didapati benar berlaku letupan dan kebakaran melibatkan Plant Diesel Hydro Treater Unit (HTU) yang menjalankan proses membuang sulfur dari diesel mentah dengan menggunakan gas hidrogen.
“Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan dengan kekuatan anggota seramai 12 orang dan dipecahkan kepada dua pasukan.
“Sementara pemadaman dan penyejukkan menggunakan lapan pancutan dari jentera dan dua pancutan dari Ground Monitor, sumber air jentera Water Tanker dan pili bomba berhampiran,” kata beliau.
Punca kebakaran masih dalam siasatan, tambahnya lagi.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]