Berita

Petronas sumbang peralatan dan bekalan perubatan bernilai RM20 juta



KUALA LUMPUR, 23 Mac -- Yayasan Petronas, cabang tanggungjawab sosial korporat Petronas, menyumbang peralatan dan bekalan perubatan bernilai RM20 juta untuk membantu petugas barisan hadapan hospital dan penjaga kesihatan untuk mengurangkan penyebaran penularan COVID-19 di Malaysia.

Yayasan Petronas berkata sumbangan itu akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

"KKM dan NADMA akan menghantar peralatan dan bekalan perubatan kritikal, termasuk ventilator, katil hospital dan tilam, kamera pengimbas suhu, termometer digital, peralatan ujian virus, topeng dan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) kepada hospital yang diwartakan untuk COVID-19 dan pusat kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata cecair pembasmi kuman juga akan disediakan untuk rumah terpilih untuk warga emas.

Ketua Pegawai Eksekutif Lita Osman berkata pekerja kesihatan dan anggota penguatkuasa telah berusaha keras untuk menghentikan penyebaran COVID-19.

"Mereka memerlukan bantuan kerana ketika ini lebih daripada seribu pesakit sedang menjalani rawatan, dan Yayasan Petronas sedang bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan untuk memberi sokongan ketika masyarakat memerlukannya.

"Usaha kami juga mencerminkan komitmen Petronas ke arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat," katanya.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]