Berita

Subsidiari Gas Malaysia dapat lesen import ke terminal regasifikasi



KUALA LUMPUR, 18 Mac --  Suruhanjaya Tenaga telah memberikan lesen import ke terminal regasifikasi kepada subsidiari milik penuh Gas Malaysia Bhd, Gas Malaysia Energy and Services Sdn Bhd (GMES) berikutan pelaksanaan sistem akses pihak ketiga. 

Lesen ini membolehkan GMES untuk menjalankan import ke aktiviti terminal regasifikasi, membawa atau menyebabkan gas cecair asli dibawa ke dalam atau kawasan Malaysia dengan apa-apa cara selain daripada penghantaran kapal.

"Lesen itu telah diberikan di bawah Akta Bekalan Gas 1993 [Akta 501] dan akan berkuatkuasa pada 17 Mac 2020 serta sah untuk tempoh 10 tahun," kata Gas Malaysia dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pengeluaran lesen ini tidak akan memberi kesan material ke atas pendapatan dan kedudukan kewangan Kumpulan Gas Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]