Senarai Berita

Petroventure Energy akan bina loji penapisan bernilai RM9.5 bilion di Sabah

KOTA KINABALU, 13 Dis -- Petroventure Energy Sdn Bhd hari ini telah memeterai Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) bagi membina loji penapisan dan penyimpanan petroleum Sabah yang pertama dengan nilai pelaburan sebanyak US$2.3 bilion (RM9.5 bilion).


Harga RON97, RON95 dan diesel kekal sehingga 20 Dis

KUALA LUMPUR, 13 Dis -- Harga runcit petrol RON97 kekal RM2.64 seliter diikuti RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 20 Dis.


Pengambilalihan SESB kepada Sabah dijangka awal tahun depan

KOTA KINABALU, 13 Dis -- Proses pengambilalihan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) oleh kerajaan negeri Sabah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka akan dapat dilaksanakan awal tahun depan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


TNB pelawa syarikat telekomunikasi jadi penyedia perkhidmatan runcit jalur lebar berkelajuan tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Dis -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengalu-alukan syarikat telekomunikasi  lain yang berminat menjadi penyedia perkhidmatan runcitnya (RSP) bagi jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) di seluruh Semenanjung Malaysia.


RON95 gred tinggi E4M mula dijual Januari 2020

PUTRAJAYA, 12 Dis  -- Gred petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara bulan depan (Januari 2020).


Panel solar menjimatkan, rendah karbon - TNB

MELAKA, 12 Dis -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggalakkan syarikat swasta serta jabatan dan agensi kerajaan untuk mengunakan panel solar bagi menjana bekalan tenaga untuk mencapai matlamat bandar rendah karbon serta menjimatkan.


Minyak mentah Brent dijangka meningkat kepada US$68 setong pada akhir 2020 - OCBC

KUALA LUMPUR, 11 Dis  -- Harga minyak mentah penanda aras global, Brent dijangka naik kepada US$68 (US$1=RM4.16) setong menjelang akhir 2020 berbanding US$64 setong hari ini berikutan momentum pertumbuhan global yang meningkat.


Unit PPB peroleh kontrak Petronas Carigali bernilai RM36 juta

KUALA LUMPUR, 10 Dis -- Unit Perdana Petroleum Bhd (PPB), Perdana Nautika Sdn Bhd (PNSB) telah memperoleh dua kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd, masing-masing bernilai RM18 juta untuk menyediakan dua unit kapal bekalan tunda pengendalian sauh (AHTS).


Graduan politeknik peneraju ke arah Revolusi Industri 4.0

KUCHING, 5 Dis (Bernama) -- Graduan politeknik merupakan peneraju latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET)  ke arah Revolusi Industri 4.0 di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kuching, Datuk Dr Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah.


Pelaburan RM100 juta POIC dengan syarikat Jepun ditandatangani

KOTA KINABALU, 4 Dis -- Misi pelaburan Sabah ke Jepun berjaya memuktamadkan perjanjian pelaburan sebanyak RM100 juta daripada Blue Capital Management Co Ltd (Blue Capital), sebuah syarikat dari Tokyo yang terlibat dalam penggunaan tenaga biojisim.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]