Berita

Unit PPB peroleh kontrak Petronas Carigali bernilai RM36 juta



KUALA LUMPUR, 10 Dis -- Unit Perdana Petroleum Bhd (PPB), Perdana Nautika Sdn Bhd (PNSB) telah memperoleh dua kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd, masing-masing bernilai RM18 juta untuk menyediakan dua unit kapal bekalan tunda pengendalian sauh (AHTS).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PPB berkata PNSB akan menyediakan kapal AHTS dengan kru dan peralatan untuk melaksanakan perkhidmatan selama 24 jam bagi membantu dan menyenggara pelantar penggerudian, pemasangan di luar pantai, kapal derrick barge, kapal penunda dan kapal berlabuh.

“Tempoh tamat kontrak adalah sehingga 365 hari daripada tarikh ia mula dilaksanakan,” katanya.

PPB berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih kumpulan PPB bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2019 dan selepas itu dalam tempoh kontrak.

“Kontrak berkenaan tidak akan memberi kesan kepada modal syer dan struktur pemegang saham PPB,” katanya.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]