KUCHING, 5 Dis (Bernama) -- Graduan politeknik merupakan peneraju latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) ke arah Revolusi Industri 4.0 di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kuching, Datuk Dr Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah.
Beliau berkata graduan politeknik mempunyai kemahiran yang menyeluruh dan menepati kehendak industri masa kini kerana sepanjang pengajian, mereka didedahkan dengan tuntutan alam pekerjaan yang sebenar.
“Ini adalah hasil daripada usaha bersepadu antara politeknik dan pihak industri dalam membangunkan tenaga kerja yang lebih kompeten serta berdaya saing,” katanya.
Beliau, yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Serba Dinamik Holdings Berhad, berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan sebuah bas untuk kegunaan logistik Politeknik Kuching di sini, hari ini.
Sumbangan bas berkenaan adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu. Mohd Abdul Karim menyerahkan kunci bas berkenaan kepada pengarah politeknik berkenaan, Jamaliah Ahmad.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]