Berita

Pengambilalihan SESB kepada Sabah dijangka awal tahun depan



KOTA KINABALU, 13 Dis -- Proses pengambilalihan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) oleh kerajaan negeri Sabah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dijangka akan dapat dilaksanakan awal tahun depan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata proses perbincangan sedang dijalankan bersama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) termasuk wakil kerajaan negeri dan konsultan bagi memperhalusi setiap isu-isu teknikal dan yang berkaitan.

“Saya harap usaha ini bukan hanya kepentingan untuk negeri Sabah tetapi juga kepada negara bagi membolehkan Sabah dapat memberi sumbangan ke arah pembangunan negara khususnya dapat menarik lebih ramai pelabur kerana janakuasa merupakan faktor (pembangunan) yang amat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat antara kerajaan negeri bersama Menteri MESSTEC Yeo Bee Yin  berkenaan perkara itu di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata dalam mesyuarat itu turut membincangkan segala persediaan dan persiapan untuk merealisasikan proses pengambilalihan bersama pasukan khas diantara pihak yang terlibat.

Sementara itu, Yeo berkata kerajaan pusat telah bersetuju untuk menyerahkan SESB kepada kerajaan negeri, oleh itu beberapa perkara perlu dilaksanakan agar proses itu dapat dilakukan melalui prosedur yang ditetapkan.

Selain itu, beliau berkata ia juga bagi memastikan pengguna di Sabah mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan pusat dan negeri.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]