KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Kadar efektif tarif elektrik di Semenanjung Malaysia bagi pengguna domestik akan dikekalkan manakala kadar surcaj pengguna komersial dan industri diturunkan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun, 2020.
PUTRAJAYA, 3 Dis -- Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap bahaya elektrik ketika banjir dan mengambil langkah-langkah persediaan bagi mencegah sebarang kemalangan berpunca dari elektrik.
GEOJE (Korea Selatan), 2 Dis -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), yang merupakan satu-satunya syarikat yang memiliki dan mengendalikan dua kemudahan terapung gas asli cecair (LNG) tidak menolak untuk menempah kapal yang ketiga jika wujud permintaan.
KOTA KINABALU, 1 Dis -- Misi perdagangan Sabah ke Jepun yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mencatatkan kejayaan selepas dua firma tenaga melahirkan minat untuk melabur dalam sektor tenaga yang boleh diperbaharui di negeri ini, terutamanya biojisim.
KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON97 kekal RM2.66 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 30 Nov sehingga 6 Dis.
SEOUL, 28 Nov -- Malaysia bukan sahaja menghargai minat yang ditunjukkan Korea Selatan untuk membeli minyak kelapa sawitnya, bahkan berharap ia melonggarkan peraturannya mengenai pengimportan tocotrienols (vitamin E sawit) yang terdapat dalam komoditi tersebut.
SEOUL, 28 Nov -- Korea Selatan pada Khamis berkata ia akan menggantung operasi loji berkuasa arang batu pada musim sejuk bagi mengurangkan pelepasan debu halus, lapor agensi berita Yonhap.
Daripada Mohd Khairi Idham Amran
SEOUL, 28 Nov -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bekerjasama dengan konsortium yang terdiri daripada syarikat Malaysia dan Korea Selatan untuk membawa projek ternakan bersepadu berskala besar dan projek penjanaan tenaga boleh baharu (RE) ke Sabah. yang boleh menjana pelaburan sehingga AS$2 bilion (AS$1= RM4.17) dalam tempoh lima tahun akan datang.
SEOUL, 27 Nov -- Malaysia mahu terus meneroka kerjasama dalam sektor automotif dengan Korea Selatan, terutamanya dengan pelancaran Dasar Automotif Nasional 2019 (NAP 2019) yang akan datang, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUALA LUMPUR, 27 Nov -- Sektor komersial dan perindustrian bersedia ke arah tenaga hijau mampan untuk penggunaan tenaga berikutan kesedaran yang tinggi mengenai insentif yang ditawarkan untuk melaksanakan tenaga hijau seperti solar, mencatatkan pertumbuhan penggunaan lebih 100 peratus sejak 2018.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]