Berita

Korea Selatan dijangka gantung operasi loji berkuasa arang batu pada musim sejuk



SEOUL, 28 Nov -- Korea Selatan pada Khamis berkata ia akan menggantung operasi loji berkuasa arang batu pada musim sejuk bagi mengurangkan pelepasan debu halus, lapor agensi berita Yonhap.

Lapan hingga 15 loji kuasa arang batu akan digantung operasinya mulai Ahad depan sehingga 29 Feb, menurut Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

Loji lain akan diarah mengekalkan pengeluaran kuasa mereka pada kapasiti 80 peratus bergantung kepada permintaan.

Menerusi usaha tersebut, Korea Selatan dijangka mengurangkan pelepasan debu halus sebanyak 44 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun sebelumnya, menurut kenyataan itu.

Debu halus, yang boleh menembusi jauh ke dalam paru-paru, berpotensi menjadi penyebab penyakit pernafasan dan kanser.

Seoul sudah memiliki loji arang batu tempatan yang bertindak mengurangkan operasinya pada musim bunga tahun ini apabila Korea Selatan sering mengalami tahap tertinggi debu halus pada musim itu.

Selaras dengan usaha untuk mengurangkan pelepasan bahan pencemar sedemikian, kementerian telah mempromosi penggunaan arang batu sulfur rendah di loji kuasa tempatan bagi mengurangkan pelepasan sulfur oksida, yang menyumbang tiga perempat debu halus dari loji arang batu.

Pada awal bulan ini, Korea Selatan melancarkan langkah untuk mengehadkan pencemaran debu halus, termasuk melarang kenderaan awan tidak penting dari jalan raya setiap hari di bandar-bandar utama selama empat bulan mulai Disember.

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]