Daripada Mohd Khairi Idham Amran
SEOUL, 28 Nov -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bekerjasama dengan konsortium yang terdiri daripada syarikat Malaysia dan Korea Selatan untuk membawa projek ternakan bersepadu berskala besar dan projek penjanaan tenaga boleh baharu (RE) ke Sabah. yang boleh menjana pelaburan sehingga AS$2 bilion (AS$1= RM4.17) dalam tempoh lima tahun akan datang.
Cadangan itu dibentangkan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking oleh Max Legacy Sdn Bhd dan Netkovina Co Ltd dari Korea Selatan pada mesyuarat yang dianjurkan oleh MARii.
Mesyuarat itu berlangsung sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke Seoul, bermula Rabu yang turut disertai Darell.
Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari berkata konsortium itu memperoleh pembiayaan sebanyak US$50 juta untuk fasa pertama projek itu bagi membina loji janakuasa solar yang boleh menghasilkan 200 megawatt (MW) elektrik untuk lebih 5,000 hektar kawasan.
Beliau berkata pada peringkat matang, projek itu akan merangkumi 25,000 hektar yang mampu menampung maksimum 150,000 lembu dan menghasilkan 1,000 MW tenaga elektrik melalui panel solar yang dipasang di bumbung kandang dan gudang.
Kira-kira 200MW tenaga dari kilang biomas bebas juga akan dihasilkan untuk penggunaan ladang ternakan.
"Projek ini akan mewujudkan konsep baharu pertanian pintar dengan industri utama, pertengahan, tertiari dan industri peringkat keempat, termasuk industri penternakan dan industri kompleks, industri perkilangan dan perkhidmatan, untuk berkembang," katanya kepada Bernama selepas mesyuarat itu di sini hari ini.
Madani berkata projek itu adalah contoh pertumpuan pertanian ternakan dan perniagaan penjanaan tenaga boleh baharu bagi memaksimumkan sinergi dalam perniagaan.
Beliau berkata projek itu juga akan menyediakan kapasiti penyembelihan maksimum 1,000 ekor lembu sehari bagi memenuhi permintaan dalam negeri, serta pasaran antarabangsa.
"Yang lebih penting, projek itu akan turut melibatkan kerjasama petani tempatan untuk menceburi penanaman tanaman makanan ternakan seperti kenaf, jagung, gandum dan jerami," katanya.
Netkovina juga terlibat dalam projek pada skala yang sama, tidak termasuk penjanaan kuasa biomas, di Sumatra, Indonesia yang diumumkan pada Ogos tahun ini.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]