Berita

Malaysia berharap Korea Selatan longgarkan peraturan import tocotrienols



SEOUL, 28 Nov  -- Malaysia bukan sahaja menghargai minat yang ditunjukkan Korea Selatan untuk membeli minyak kelapa sawitnya, bahkan berharap ia melonggarkan peraturannya mengenai pengimportan tocotrienols (vitamin E sawit) yang terdapat dalam komoditi tersebut.

Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan dua hala antara delegasi kedua-dua negara diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In, di sini hari ini.

Seorang pegawai Malaysia yang ditemui selepas mesyuarat tersebut berkata Korea Selatan menyatakan minatnya untuk membeli 6,000 tan metrik minyak sawit tempatan bernilai US$9 juta untuk Program Makanan Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWFP).

“Seperti yang anda tahu, tocotrienols adalah sebahagian daripada keluarga Vitamin E dan antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas yang dikaitkan dengan pelbagai isu kesihatan. Minyak sawit mempunyai banyak tocotrienols," katanya.

Mesyuarat itu juga membincangkan kemungkinan menggunakan Bantuan Pembangunan Rasmi (ODA) untuk membiayai penyelidikan bersama untuk biodiesel dalam industri marin, sambil melihat potensi bekerjasama dengan pengeluar Malaysia untuk membekalkan produk olein sawit merah untuk UNWFP.

Menurut pegawai itu, prospek memanfaatkan kriteria pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO) untuk mendapatkan surat kredit dari Bank of Korea, dan menggunakannya sebagai penanda aras dalam Standard Portfolio Boleh Baharu turut dibangkitkan.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]