KUALA LUMPUR, 27 Nov -- Sektor komersial dan perindustrian bersedia ke arah tenaga hijau mampan untuk penggunaan tenaga berikutan kesedaran yang tinggi mengenai insentif yang ditawarkan untuk melaksanakan tenaga hijau seperti solar, mencatatkan pertumbuhan penggunaan lebih 100 peratus sejak 2018.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Plus Solar System Sdn Bhd Ko Chuan Zhen berkata pelanggan dari sektor komersial dan perindustrian berminat dengan tenaga boleh baharu berikutan kos penjanaan tenaga elektrik menggunakan Solar Fotovoltaik (PV) hampir sama dengan kos elektrik yang dijana daripada stesen jana kuasa berkuasa arang batu.
“Ramai yang mengambil peluang daripada galakan kerajaan ke arah tenaga boleh baharu dengan lanjutan Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA), yang telah dilanjutkan hingga 2023.
“Ini membolehkan syarikat mengimbangi sehingga 70 peratus daripada pendapatan berkanun mereka pada tahun taksiran, dan elaun yang tidak digunakan boleh dibawa ke hadapan hingga digunakan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Antara projek komersial yang disiapkan oleh Plus Solar baru-baru ini ialah memasang hampir 1,370 panel PV di bahagian paling atas bangunan pusat beli-belah terbaharu di Johor, Toppen Shopping Centre, yang merupakan sebahagian daripada syarikat Ikano Group.
Dengan kapasiti sistem sebanyak 506.9KWp (kilowatt ‘puncak’), sistem solar PV yang dibuat khusus itu dapat membekalkan tenaga elektrik kepada 126 kediaman di Johor.
Sebelum Toppen Mall dan IKEA Tebrau, Plus Solar turut memasang sistem solar PV untuk IKEA Cheras dan IKEA Batu Kawan, untuk sejumlah empat pusat beli-belah di bawah jenama IKANO yang telah melaksanakan penyelesaian solar untuk tenaga boleh baharu.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]