KUALA LUMPUR, 29 Nov -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON97 kekal RM2.66 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter, bagi tempoh 30 Nov sehingga 6 Dis.
MOF dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, memaklumkan harga runcit petroleum ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) iaitu harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya masing-masing RM2.36 dan RM2.29 seliter.
Kenyataan itu memaklumkan, berdasarkan APM tiada perubahan bagi harga runcit petrol RON95, manakala terdapat kenaikan harga runcit diesel yang berada pada paras RM2.27 seliter pada minggu lepas.
“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat.
“Ini menjadikan anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh tersebut adalah berjumlah RM115.70 juta,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]