Senarai Berita

Malaysia kaji semula komitmen pengeluaran gas rumah hijau - MESTECC

KUALA LUMPUR, 1 Okt -- Malaysia akan mengkaji semula komitmen pengeluaran gas rumah hijau (GHG) yang diikrar pada Perjanjian Paris (PA) pada 2016, menurut Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.


Solarvest mahu kumpul RM34.6 juta daripada IPO

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Pakar sistem solar fotovolta (solar PV) yang akan diseranaikan di Pasaran ACE, Solarvest Holdings Bhd mahu mengumpulkan RM34.6 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia yang dijadualkan pada 26 November 2019 bagi pengembangan domestik dan antarabangsa. 

Beberapa firma berminat buka perniagaan oleokimia di Sarawak - Timbalan Ketua Menteri

KUCHING, 30 Sept -- Beberapa syarikat asing dan tempatan telah menunjukkan minat untuk membuka perniagaan berkaitan oleokimia di Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.


Firma penyelidikan kekalkan saranan beli, penarafan neutral terhadap Sapura Energy

KUALA LUMPUR, 30 Sept -- AmInvestment Bank Bhd mengekalkan saranan  'beli' terhadap Sapura Energy Bhd pada nilai tidak berubah 50 sen, berdasarkan jangkaan bahawa penyedia perkhidmatan minyak dan gas bersepadu itu akan berada pada aliran meningkat, susulan peningkatan jumlah bidaan bagi kontrak.


MPOA harap kerajaan pertimbang tiga perkara lindungi peserta, pekebun kecil sawit

KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Penyaluran kembali kutipan cukai keuntungan luar biasa dalam bentuk dana kepada industri sawit merupakan antara perkara yang diharapkan ​​​dapat dipertimbangkan kerajaan menerusi Belanjawan 2020, menurut Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA).


Sarawak kemuka formula baharu "perkongsian hasil" dengan Petronas - Abang Johari

KUCHING, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan Sarawak telah mengemukakan formula baharu kepada Putrajaya mengenai 'perkongsian hasil' dengan Petronas dalam usaha untuk mendapatkan semula kehilangan hasil daripada royalti minyak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.


M’sia tidak akan bayar kos untuk kembalikan sisa yang diimport ke negara asal - Yeo

GEORGE TOWN, 28 Sept (Bernama) -- Kerajaan tidak akan bayar walau satu sen pun kos bagi menghantar kontena berisi sisa plastik kembali ke negara asalnya, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar (MESTECC) Yeo Bee Yin.


Petronas gesa perkongsian progresif sokong pasaran LNG lestari

KUALA  LUMPUR, 28 Sept -- Petronas menggesa perkongsian progresif dalam kalangan peserta industri untuk menyokong gas asli cecair (LNG) sebagai sumber tenaga bersih pilihan bagi tempoh jangka panjang. 


Tiada peningkatan paras radiasi di loji Lynas - Laporan

KUALA LUMPUR, 28 Sept -- Pemantauan alam sekitar menunjukkan tiada peningkatan paras radiasi dalam tempoh tujuh tahun Lynas Advanced Materials Plant beroperasi di Pahang, menurut satu laporan.


Dr Mahathir pertahankan minyak sawit semasa berucap di PBB

Daripada Muin Abdul Majid

NEW YORK, 28 Sept -- Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan bantahan Malaysia berhubung cubaan untuk mengharamkan import minyak sawit di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, menyatakan ia merupakan kes yang jelas untuk menafikan perdagangan bebas.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]