KUALA LUMPUR, 27 Nov -- Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2019, meningkat lebih dua kali ganda kepada RM1.2 bilion daripada RM501 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, TNB berkata hasil merosot kepada RM12.64 bilion berbanding RM13.07 bilion sebelumnya.
Ia berkata keuntungan yang lebih baik itu berikutan pendapatan operasi yang lebih tinggi selain prestasi syarikat bersekutu yang baik dalam tempoh semasa.
"Secara keseluruhan, pertumbuhan dijangkakan mengikut unjuran pada 2019 dan berterusan hingga 2020," katanya sambil menambah ini disokong terutama oleh aktiviti sektor swasta, khususnya perbelanjaan isi rumah.
"Berdasarkan senario ini, prestasi kumpulan dijangkakan kekal stabil untuk tahun kewangan 2019," katanya.
-- BERNAMA
KOTA KINABALU, 4 Dis -- Misi pelaburan Sabah ke Jepun berjaya memuktamadkan perjanjian pelaburan sebanyak RM100 juta daripada Blue Capital Management Co Ltd (Blue Capital), sebuah syarikat dari Tokyo yang terlibat dalam penggunaan tenaga biojisim.
KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Kadar efektif tarif elektrik di Semenanjung Malaysia bagi pengguna domestik akan dikekalkan manakala kadar surcaj pengguna komersial dan industri diturunkan bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun, 2020.
PUTRAJAYA, 3 Dis -- Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap bahaya elektrik ketika banjir dan mengambil langkah-langkah persediaan bagi mencegah sebarang kemalangan berpunca dari elektrik.
© 2019 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 58.0.1 (64-bit) & Chrome Version 63.0.3239.132 (Official Build) (64-bit) with 1920 x 1080 resolution
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, portal@bernama.com ]