Senarai Berita

9.1 juta isi rumah bakal guna meter pintar menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Hampir setiap isi rumah di Semenanjung Malaysia tidak lama lagi akan mendapat kemudahan untuk mengesan corak dan penggunaan tenaga elektrik menerusi Advance Metering Infrastructure (AMI) atau meter pintar.


MPOB sahkan ladang di Kuala Koh imemenuhi semua kriteria MPSO

KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengesahkan hanya terdapat satu syarikat yang memiliki ladang kelapa sawit di Kuala Koh dan ia turut menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), selain memenuhi semua kriteria di bawah skim tersebut.


Harga RON97 naik 12 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 naik 12 sen kepada RM2.79 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada kadar RM2.08 dan RM2.18 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 4 Okt.


Kerajaan pertimbangkan penyenaraian anak syarikat Petronas

NEW YORK, 27 Sept (Bernama) -- Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk penyenaraian satu daripada anak syarikat Petronas untuk menjadikan pasaran saham Malaysia lebih menarik.


Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Pengisian Semula dihentikan operasi buat sementara

Loji Pengeluaran Hidrogen Bersepadu dan Stesen Pengisian Semula Sarawak Energy, yang pertama di Asia Tenggara dan dibina antaranya untuk menyediakan bahan api kepada bas hidrogen yang dikendalikan kerajaan negeri  dihentikan operasi buat sementara waktu berikutan penemuan cecair bahan cemar.

Dialog lancar fasa 3A Terminal Laut Dalam Pengerang

Dialog Group Bhd hari ini secara rasminya melancarkan Fasa 3A pembangunan Terminal Laut Dalam (PDT) berkeluasan  485.62-hektar, susulan pemeteraian Perjanjian Penyimpanan Jangka Panjang (LTSA) syarikat itu dengan BP Singapore Pte Ltd.

Diskaun 20% bil elektrik untuk Taska di Semenanjung Malaysia

Sebanyak 3,398 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Semenanjung Malaysia akan menerima diskaun 20 peratus bil elektrik mulai November in  hingga Disember tahun depan.


Perdana Petroleum peroleh kontrak bernilai RM20 juta daripada Petronas Carigali

KUALA LUMPUR, 25 Sept  -- Perdana Nautika Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Perdana Petroleum Bhd memperoleh kontrak daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk menyediakan satu unit kapal bekalan dan pengendalian (AHTS) bernilai RM20 juta.


Malaysia perlu teroka peluang perniagaan lebih luas dalam industri biomas - Kok

PUCHONG, 24 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu merebut peluang dalam model perniagaan berasaskan bio seperti biotenaga, biopertanian, produk eko dan biokimia yang mampu mencipta gelombang baharu bioekonomi untuk pertumbuhan ekonomi.


Petronas LNG, KOMIPO bekerjasama teroka peluang perniagaan LNG, RE

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Petronas LNG Ltd (Petronas LNG) dan Korea Midland Power Co. Ltd. (KOMIPO) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang perniagaan gas asli cecair (LNG) dan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE).



    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]