Berita

Lima syarikat petroleum akan tingkatkan kemudahan campuran biodiesel



KUALA LUMPUR, 21 Nov -- Lima syarikat petroleum menandatangani memorandum perjanjian dengan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi menaik taraf kemudahan campuran biodiesel di 35 terminal petroleum di seluruh Malaysia.

Lima syarikat itu ialah Petronas Dagangan Bhd, Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Petron Malaysia Refining and Marketing Sdn Bhd, Chevron Malaysia Limited dan Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd.

"Komitmen ini adalah selaras dengan pelaksanaan B20 kerajaan dalam sektor pengangkutan pada 2020," kata Menteri Industri Utama Teresa Kok hari ini.

Pelaksanaan B20 akan dijalankan mengikut fasa, bermula Januari dan disasarkan selesai menjelang 2 Jun 2021.

Kok berkata kerja menaik taraf itu akan disiapkan secara berperingkat memandangkan syarikat petroleum perlu menjalankan kajian yang memakan masa beberapa bulan.

Kajian itu akan dibiayai oleh kerajaan melalui peruntukan sebanyak RM35 juta.

Bercakap bagi pihak Petronas Dagangan Bhd (PDB) dan syarikat petroleum lain, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PDB Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata beberapa terminal mungkin memerlukan pelaburan minimum.

"Namun, beberapa terminal utama, terutama yang menjalankan perkhidmatan di kawasan yang besar seperti Lembah Klang dan tempat lain, mereka mungkin memerlukan lebih banyak pelaburan," katanya.

Beliau berkata Petronas memiliki 10 daripada 35 terminal tersebut.

-- BERNAMA




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]