Senarai Berita

Cenergi dapat fasiliti pembiayaan sehingga RM100 juta

SHAH ALAM, 24 Sept (Bernama) -- Cenergi SEA Sdn Bhd, melalui subsidiari milik penuhnya, Cenergi RE Sdn Bhd, telah memperolehi Fasiliti Pinjaman Green Club sebanyak RM100 juta daripada MIDF Amanah Investment Bank Bhd dan China Construction Bank (M) Bhd bagi membiayai projek biogas kepada tenaga (BTE) syarikat itu.


Stesen ECRL di Nilai bakal rancakkan ekonomi, pertumbuhan penduduk

SEREMBAN, 24 Sept -- Pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan Nilai bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan jumlah penduduk di daerah itu, kata Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Nilai (MPN) Datuk Zazali Salehudin.


Sabah harap belanjawan 2020 sentuh tuntutan royalti minyak - Mohd Shafie

KOTA KINABALU, 23 Sept  -- Kerajaan negeri Sabah berharap Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada bulan depan akan menyentuh tuntutan royaliti minyak sebanyak 20 peratus.


Malaysia amal dasar penting pastikan penanaman sawit mampan

PUTRAJAYA, 23 Sept -- Malaysia mengamalkan beberapa dasar penting untuk memastikan penanaman sawit yang mampan, termasuk mengehadkan jumlah kawasan tanaman kepada 6.5 juta hektar, kata Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.


Patuhi larangan di kawasan risiko renjatan elektrik - TNB

KUALA LUMPUR, 23 Sept -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi larangan ketika berada di kawasan yang dipasang notis makluman potensi risiko renjatan elektrik.

(Eksklusif) Belanjawan 2020 diharap sedia dana mencukupi bagi fasa pertama NAP 2019

Oleh Mohd Khairi Idham Amran

KUALA LUMPUR, 22 Sept -- Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) berharap Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada bulan depan akan memperuntukkan dana secukupnya bagi pelaksanaan fasa pertama Dasar Automotif Negara (NAP) 2019.


Pencapaian cemerlang anak kampung dalam industri minyak dan gas

Oleh Zalina Maizan Ngah

KUALA TERENGGANU, 22 Sept -- Di sebalik pencapaian membanggakan sektor minyak dan gas negara, termasuk syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas), terselit ramai ‘wira tak didendang’ anak watan yang menyumbang kepada kejayaan itu.


MTJA beri US$2 juta kepada Malaysia & Thailand bagi R&D petroleum

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 20 Sept -- Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand (MTJA) akan menyediakan peruntukan sebanyak US$2 juta kepada setiap kerajaan untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam aktiviti petroleum bagi Kawasan Pembangunan Bersama (JDA). 


Tapak penyimpanan 'thorium hydroxide' di Mukim Belanja selamat

Tapak repositori atau penyimpanan sisa 'thorium hydroxide' iaitu sejenis bahan radioaktif di Mukim Belanja, Lahat di sini, adalah selamat kerana pengawalannya dilaksanakan mengikut peraturan dan ketetapan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).


Petronas mahu pertingkat keselamatan kemudahan kritikal

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk mempertingkat keselamatan kemudahan kritikalnya susulan kejadian serangan ke atas dua loji minyak utama kendalian Saudi Aramco iaitu syarikat minyak gergasi Arab Saudi.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]