Berita

Aplikasi MSPO Trace pantau pergerakan minyak sawit



KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) hari ini melancarkan sistem Menjejak Minyak Sawit Lestari  Malaysia (MSPO) (Aplikasi MSPO Trace), sebuah platform pemantauan pensijilan berterusan pada keseluruhan rantaian nilai minyak sawit, daripada penanam sehinggalah kepada pelanggan.

Pengerusi MPOCC Datuk Franki Anthony Dass berkata platform teknologi maklumat (IT) adalah satu proses untuk pemain industri minyak sawit mempertahankan diri dalam menghadapi pelbagai tuduhan terhadap industri itu.

"MSPO Trace juga dapat memaparkan sumber produk ladang kelapa sawit dan kilang pada kadar hampir pada waktu sebenar, memperoleh maklumat daripada Pensijilan Pengurusan Minyak Sawit (OPMC) dan Standard Persijilan Rantaian Bekalan (SCCS).

"Ini dilakukan menggunakan pengurusan data raya dan membuat keputusan berasaskan data, kerana kami menyasarkan 100 peratus pengesanan pensijilan minyak sawit MSPO di ladang seluruh negara menjelang 2025,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran platform MSPO Trace di sini hari ini.

MSPO Trace terdiri daripada empat modul iaitu pensijilan, pengesanan, penggunaan logo dan aduan.

Projek mengenai penggunaan logo dan aduan masih berjalan dan akan selesai menjelang akhir tahun ini.

Franki berkata lebih 3.4 juta hektar atau kira-kira 60 peratus daripada kawasan yang ditanami sawit, 328 kilang atau 73 peratus daripada jumlah kilang, telah memperoleh pensijilan MSPO sehingga akhir Oktober lepas.

Ini termasuk pekebun kecil dengan keluasan 546.000 hektar dan 1,565 ladang dengan jumlah keluasan 2.8 juta hektar. Dalam pada itu, 152 kemudahan pemprosesan termasuk 46 kilang penapisan juga telah menerima pensijilan MSPO SCCS.

Sementara itu, Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim berkata rancangan bagi pengesanan minyak sawit lestari adalah sejajar dengan permintaan global untuk minyak sawit lestari.

"Kementerian juga akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain bagi pemetaan tepat kawasan ladang sawit Malaysia yang boleh diakses oleh orang ramai tidak lama lagi," katanya.

MSPO Trace dibangunkan oleh Airei Sdn Bhd, sebuah pembangun sistem IT tempatan dengan kepakaran dalam penyelesaian perisian pertanian. Aplikasi itu boleh didapati secara percuma di App Store dan Google Play.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Bomba Akan Sedia Garis Panduan Pemasangan Panel Solar

IPOH, 20 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengeluarkan garis panduan dalam pemasangan panel solar di bangunan, premis perniagaan dan rumah di seluruh negara.  


Ahli Dewan Negara Cadang Tnb Beri Rebat Bil Elektrik Susulan Fenomena Cuaca Panas

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) disaran memberikan rebat 15 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bil elektrik dari bulan Januari ke Mac tahun ini susulan fenomena cuaca panas yang masih melanda negara.


Utp Menang Anugerah Tenaga Negara Sebagai Pengiktirafan Usaha Kemampanan

KUALA LUMPUR, 18 Mac  (Bernama) -- Universiti Teknologi Petronas (UTP) telah menerima Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2023 di bawah Kategori Anugerah Khas untuk Institusi Pengajian Tinggi, sebagai pengiktirafan terhadap usaha-usaha kemampanannya.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]