Berita

Lynas telah kemuka permohonan tapak PDF



KUANTAN, 19 Nov -- Kerajaan negeri Pahang hari ini mengesahkan bahawa kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) telah mengemukakan permohonan bagi membina tapak pelupusan kekal (PDF) di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abd Rahim Muda berkata permohonan itu dikemukakan baru-baru ini, dan setakat ini masih berada di peringkat semakan oleh kerajaan negeri. 

"Permohonan tersebut akan dirujuk kepada agensi yang berkaitan terutamanya kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. 

"Ini adalah untuk memastikan kesesuaian tempat itu dijadikan PDF dan sudah pasti proses ini mengambil sedikit masa," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. 

Abd Rahim berkata demikian semasa menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Semambu) yang ingin tahu perkembangan terkini permohonan tapak PDF untuk sisa Water Leach Purification (WLP)  yang dihasilkan Lynas.  

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara spesifik kawasan tapak yang dimohon. 

Menjawab soalan tambahan Lee Chin Chen (PH-Bilut), Abd Rahim mengesahkan bahawa setakat ini, kerajaan negeri masih belum membuat keputusan muktamad berhubung permohonan tersebut. 

"Kita akan dengar dahulu pandangan agensi berkaitan di peringkat kerajaan Persekutuan. Kita juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh kementerian berdasarkan pendapat pakar," katanya. 

Abd Rahim berkata dalam isu seperti Lynas, pandangan pakar dalam bidang terlibat adalah perkara yag perlu didengar. 

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]