KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Tiga negara pengeluar minyak sawit, Nigeria, Papua New Guinea (PNG) dan Honduras, dijangka menyertai Majlis Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) dalam tempoh terdekat.
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto, berkata PNG dan Nigeria sudah menyuarakan minat untuk menjadi ahli pada Mesyuarat Kedua Peringkat Menteri Negara Pengeluar Minyak di sini hari ini.
"Honduras sudah pun menandatangani surat komunikasi dengan CPOPC untuk menjadi ahli. Oleh itu, saya jangkakan ketiga-tiga negara ini akan memulakan prosedur menjadi ahli (CPOPC)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Malaysia dan Indonesia, dengan Malaysia diwakili oleh Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.
Terdahulu dalam ucapan pembukaannya, Kok menegaskan mengenai perlunya untuk memperkukuh kerjasama dalam kalangan pengeluar minyak sawit bagi menangani isu berbangkit dalam industri minyak sawit, sambil menyatakan kebimbangannya mengenai dasar dan peraturan diskriminasi di sesetengah negara terhadap industri minyak sawit.
Beliau menggesa negara pengeluar minyak sawit supaya bekerjasama dan bersatu untuk mempertahankan industri itu tanpa menjejaskan matlamat kelestarian.
Beliau juga menegaskan tentang pentingnya CPOPC memain peranan sebagai perantara supaya negara pengeluar minyak sawit dapat bekerjasama dengan badan dan persatuan antarabangsa yang lain untuk kepentingan industri minyak sawit.
Mesyuarat kedua peringkat menteri itu memutuskan beberapa cadangan tindakan susulan untuk industri minyak sawit, termasuk terus memerangi langkah-langkah ketat terhadap minyak sawit melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Mesyuarat itu juga menggalakkan negara pengeluar minyak sawit supaya meningkatkan kerjasama dalam membangunkan strategi untuk mendapatkan harga minyak sawit pada tahap remuneratif, khususnya untuk pekebun kecil.
Ia juga menggesa perpaduan dan persepakatan antara negara pengeluar minyak sawit dalam memerangi langkah diskriminasi terhadap minyak sawit melalui kempen bersama yang agresif, dengan tindakan konkrit yang boleh dilaksanakan.
Mesyuarat itu juga menggesa supaya usaha berterusan untuk menggalak dan mengembangkan penggunaan biobahan api supaya lebih banyak minyak sawit mentah di pasaran global digunakan, termasuk menerusi pelaksanaan percubaan program biodiesel B30 di Indonesia pada Disember dan pelaksanaan program B20 secara berperingkat mulai tahun depan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]