ABU DHABI, 13 Nov -- India meminta Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak memotong lebih banyak pengeluaran minyak, memandangkan langkah itu boleh menjejaskan kepentingan pengguna, kata Menteri Minyak dan Gas Dharmendra Pradhan.
OPEC menyumbang 80 peratus daripada import minyak mentah India oleh itu apa jua potongan boleh menjejaskan keselamatan sektor tenaga negara.
"OPEC juga perlu melihat kepentingan pengguna. Dalam era teknologi dan...bahan bakar alternatif, kami yakin minyak memainkan peranan lebih besar dan berpanjangan untuk keperluan tenaga dunia, tetapi dengan harga yang wajar dan bersesuaian.
"Untuk memenuhi jangkaan itu, pemotongan pengeluaran yang lebih banyak dilihat tidak wajar. Harga juga perlu berpatutan," kata Pradhan kepada agensi berita Sputnik.
Beliau berkata India juga menyeru pertubuhan untuk menghargai perubahan teknologi dan memastikan harga minyak yang berpatutan untuk manfaat pengguna dan pengeluar.
"Saya berharap pemimpin OPEC akan menilai aspek ini dan membuat keputusan mengenai keseimbangan pengeluaran," ujar Pradhan.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]