BANGI, 13 Nov -- Anak muda adalah duta dan aktivitis yang berkesan untuk mempengaruhi keluarga dan masyarakat berhubung kepentingan amalan cekap tenaga, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.
KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Sebanyak 108 syarikat tempatan mendapat manfaat melalui program pembangunan vendor (VDP) Petronas dengan kontrak bernilai kira-kira RM9 bilion setakat Oktober tahun ini.
JOHOR BAHRU, 12 Nov -- Penglibatan lebih 47,000 pelajar dari 475 sekolah rendah di seluruh Johor dalam Pertandingan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2019 (IMELC 2019) dilihat berjaya mendidik masyarakat mengenai penjimatan penggunaan karbon dioksida.
KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Selepas bertahun-tahun tertangguh, penyenaraian syarikat minyak terbesar dunia, Saudi Aramco, yang dijadualkan bulan depan, dilihat sebagai petunjuk bahawa kerajaan Arab Saudi mahu memuktamadkan urusan itu dengan segera.
PUTRAJAYA, 12 Nov -- Produk petrol di stesen minyak boleh dijual di bawah harga yang ditetapkan kerajaan melalui amalan persaingan antara syarikat minyak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Petronas memperkenalkan program perantisan baharu untuk pekerja minyak dan gas separuh mahir tempatan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan kontraktor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) yang mengambil bahagian.
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Ekonomi Biru bakal menjadi satu cabang baharu kajian di bawah Projek Kajian Kemungkinan yang dijalankan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun hadapan.
PONTIAN, 11 Nov (Bernama) – Seluas 3.19 juta hektar atau 55 peratus daripada keseluruhan 5.85 juta hektar tanaman sawit di negara ini sudah menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sehingga 30 Sept lepas, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.
KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Anak syarikat Pestech International Bhd, Pestech Sdn Bhd meraih kontrak bekalan meter pintar dan penghantaran bernilai RM38.37 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).
NEW DELHI, 11 Nov -- Menteri Petroleum dan Gas Asli India Dharmendra Pradhan akan berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 10 hingga 12 Nov bagi menghadiri sesi sulung peringkat menteri Persidangan dan Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC), lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber rasmi pada Ahad.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]