Berita

Anak muda duta kecekapan tenaga yang berkesan - Yeo



BANGI, 13 Nov -- Anak muda adalah duta dan aktivitis yang berkesan untuk mempengaruhi keluarga dan masyarakat berhubung kepentingan amalan cekap tenaga, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.

Beliau berkata Malaysia memerlukan banyak aktivis muda untuk bukan sahaja memberi inspirasi kepada golongan muda tetapi juga untuk generasi lebih tua untuk bersama-sama mengurangkan kadar pelepasan karbon.

"Saya rasa dalam keluarga, yang paling ada autoriti ialah bila anak cakap kena jimat elektrik, ibu, bapa, datuk dan nenek akan dengar.

"Anda semua penting untuk jadi duta supaya keluarga ada kesedaran tentang kecekapan tenaga dan memelihara alam sekitar," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah pertandingan Cabaran Kecekapan Tenaga (EEC) 2019, di sini hari ini.

Sebanyak 106 sekolah menyertai pertandingan EEC yang melibatkan 85,937 pelajar. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai, Johor muncul juara bagi kategori utama dengan membawa pulang RM12,000, plak dan sijil.

Di bawah program EEC, Yeo berkata amalan cekap tenaga yang dilaksanakan oleh pelajar dan guru dalam tempoh enam bulan, bukan sahaja menjimatkan bil elektrik dan tenaga elektrik, malah turut menyumbang kepada pengurangan kadar pelepasan karbon.

"Melalui aktiviti-aktiviti yang dianggap mudah seperti menutup suis lampu semasa tidak digunakan ia mampu memberikan kesan positif terhadap alam sekitar biarpun sekecil mana,”katanya.

Menurutnya, sebanyak 37 sekolah dalam tempoh enam bulan itu berjaya menunjukkan penurunan kadar penggunaan elektrik sebanyak 297,348 kWj bersamaan RM154,866 dengan melaksanakan aktiviti cekap tenaga.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]