Berita

Ekonomi Biru bakal dimasukkan dalam projek kajian kemungkinan tahun depan - Azmin



KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Ekonomi Biru bakal menjadi satu cabang baharu kajian di bawah Projek Kajian Kemungkinan yang dijalankan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun hadapan.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata menyedari potensi cabang ekonomi tersebut dan berdasarkan keluasan perairan Malaysia, kementerian tersebut telah mengambil keputusan untuk memberi fokus lebih mendalam kepada cabang Ekonomi Biru. 

“Projek Kajian Kemungkinan ini melibatkan pelaksanaan pelbagai kajian kemungkinan yang disambung dan baharu, dilaksanakan oleh kementerian dan agensi berkaitan bagi membantu menyediakan input dalam merancang pembangunan sosioekonomi negara serta input dalam penyediaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) 2021-2025.

“Pada 2020, terdapat 10 kajian sambungan dalam pelbagai peringkat pelaksanaan diteruskan,” katanya pada sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, antara kajian berkenaan ialah kajian Industri 4.0, kajian teknikal dan dan komersial, hala tuju projek keretapi laju KL-Singapura, kajian penyelarasan padi dan beras negara, serta kajian peralatan perkhidmatan minyak dan gas. 

Setakat November, 2019, beliau berkata terdapat keperluan tambahan kajian baharu yang akan dilaksanakan bermula 2020 termasuk kajian Ekonomi Biru dan kajian teknikal keretapi laju.

Menurut Bank Dunia, Ekonomi Biru merangkumi pelbagai aktiviti seperti industri perikanan, tenaga boleh diperbaharui, pengangkutan maritim, pengurusan sisa, pelancongan dan perubahan iklim.

Justeru, Ekonomi Biru bermaksud penggunaan sumber laut secara mapan untuk pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan pekerjaan, disamping menjaga kemakmuran dan kesihatan ekosistem laut.

Konsepnya berkait rapat dengan Ekonomi Hijau yang ditakrifkan sebagai ekonomi bermatlamat untuk mengurangkan segala risiko ke atas alam sekitar serta mencapai pembangunan mapan tanpa mengganggu gugat persekitaran.

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]