Berita

Syarikat minyak digalak jual produk petroleum di bawah harga ditetap kerajaan

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail

PUTRAJAYA, 12 Nov -- Produk petrol di stesen minyak boleh dijual di bawah harga yang ditetapkan kerajaan melalui amalan persaingan antara syarikat minyak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, kesemua 3,500 stesen minyak yang diterajui oleh enam pemain industri utama pada ketika ini menjual bahan petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM) iaitu RM2.08 bagi seliter petrol RON95.

Sekiranya enam syarikat minyak itu mengamalkan prinsip persaingan melalui peningkatan inovasi dan kecekapan selain memfokuskan pada perniagaan teras menjual minyak, mereka pasti dapat mengurangkan harga jualan produk petroleum, katanya.

"Jika dilaksanakan kita boleh tengok stesen minyak jual pada harga berlainan. Contohnya, Shell letak harga RM2.06, Petron RM2.07 dan pergi BHP harga ditunjukkan ialah RM2.04,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Simposium Persaingan Setara dan Kos Sara Hidup bertema ‘Seiring dan Sejalan’ di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata pengusaha stesen minyak boleh melaksanakannya jika mengambil kira volum jualan dan permintaan produk bahan api itu oleh pengguna setiap hari.

"Perniagaan runcit minyak ialah perniagaan volum, bukannya perniagaan margin, bermakna persaingan antara pengusaha stesen boleh berlaku. 

"Berapa nilai yang hendak diturunkan, itu terpulang kepada pengusaha kerana mereka perlu membuat perbandingan dari segi kos dan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan," katanya.

Saifuddin Nasution berkata kerajaan telah mengambil kira kepentingan pengusaha stesen minyak dengan menaikkan margin sebanyak 2.81 sen seliter kepada 15 sen seliter untuk petrol dan 3.0 sen seliter kepada 10 sen seliter bagi diesel.

Beliau berkata kerajaan juga sedia memberi sokongan termasuk melalui pemberian faedah tertentu kepada syarikat minyak yang mengambil bahagian melaksanakan pengurangan harga tersebut. 

-- BERNAMA 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]