NEW DELHI, 11 Nov -- Menteri Petroleum dan Gas Asli India Dharmendra Pradhan akan berkunjung ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 10 hingga 12 Nov bagi menghadiri sesi sulung peringkat menteri Persidangan dan Pameran Petroleum Antarabangsa Abu Dhabi (ADIPEC), lapor agensi berita China Xinhua memetik sumber rasmi pada Ahad.
ADIPEC dijadual berlangsung pada 11 Nov.
Selain itu, beliau akan mengambil bahagian dalam perbincangan panel peringkat menteri pada hari sama.
Beliau akan diiringi delegasi rasmi dan perniagaan.
ADIPEC telah menjadi antara persidangan global paling berpengaruh dalam sektor minyak dan gas, menarik sejumlah 145,000 peserta termasuk menteri, CEO industri global, penggubal undang-undang dan syarikat tenaga terkemuka.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]