Berita

IMELC 2019 didik masyarakat jimat penggunaan karbon dioksida

JOHOR BAHRU, 12 Nov -- Penglibatan lebih 47,000 pelajar dari 475 sekolah rendah di seluruh Johor dalam Pertandingan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2019 (IMELC 2019) dilihat berjaya mendidik masyarakat mengenai penjimatan penggunaan karbon dioksida.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata penjimatan sebanyak RM158,194 berjaya dilakukan melalui aktiviti kitar semula bermula Januari sehingga November ini.

Beliau berkata program ini turut melibatkan ahli keluarga pelajar yang terbabit dalam aktiviti penjimatan elektrik, air dan pengumpulan bahan kitar semula dengan membuat pengiraan karbon daripada penggunaan elektrik dan air serta membincangkan isu-isu alam sekitar bersama keluarga.

"Segala aktiviti perlu direkodkan dalam buku kerja dan diserahkan kepada jawatankuasa penilai karbon dioksida yang terdiri daripada penyelidik Universiti Teknologi Malaysia.

"Secara kesuluruhannya, sebanyak 908,402 kilogram penggunaan karbon dioksida telah berjaya dikurangkan daripada program ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tan menyifatkan program berkenaan bertepatan dengan usaha Iskandar Malaysia dalam menyediakan dan melaksanakan Pelan Tindakan Masyarakat Rendah Karbon 2025 atau dikenali 'Low Carbon Society Blueprint for Iskandar Malaysia 2025’.

Tambahnya, Johor juga merupakan negeri pertama yang mempunyai Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2023 dalam memastikan anak Johor mempunyai nilai dan minda lestari kepada negara yang lebih kompetitif.

"Penglibatan pelajar sekolah rendah ini merupakan satu inisiatif dalam melahirkan generasi baharu yang memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 2030),” katanya.

Dalam pertandingan berkenaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tuan Poon, Simpang Renggam dinobatkan johan keseluruhan dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Pertandingan berkenaan merupakan kerjasama strategik antara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Pihak Berkuasa Wilayah (IRDA), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), SWM Environment, Jabatan Alam Sekitar Johor dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. 

-- BERNAMA 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]