Berita

Petronas terus sokong pembangunan tenaga kerja minyak & gas

KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Petronas memperkenalkan program perantisan baharu untuk pekerja minyak dan gas separuh mahir tempatan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan kontraktor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) yang mengambil bahagian.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat minyak nasional itu berkata sebagai permulaan, peserta akan menghadiri institusi latihan CIDB, iaitu Akademi Binaan Malaysia sebelum mengikuti program perantisan di 16 kemudahan kontraktor Petronas di Sabah, Sarawak dan Terengganu.

“Kerjasama ini menjadi platform kepada latihan dan pensijilan belia untuk memiliki kemahiran yang diperlukan industri, membimbing mereka kepada pekerjaan untuk memastikan saluran tenaga kerja mahir yang mampan untuk kesinambungan operasi.

“Petronas menawarkan peluang yang baik kepada belia di Sabah, Sarawak dan Terengganu untuk bekerja dalam industri itu di negeri masing-masing, dalam usaha menyumbang semula kepada masyarakat,” kata Naib Presiden Kanan bagi Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas Samsudin Miskon.

Beliau berkata program itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Petronas untuk membentuk industri melalui inisiatif membina kapasiti dan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan ekosistem yang membolehkan penggiat OGSE tempatan menambah baik daya tahan dan daya saing mereka.

Pembangunan modal insan merupakan antara inisiatif di bawah program Lestari Petronas -- platform penyelesaian dan kerjasama untuk mengukuhkan ekosistem OGSE.

Sebanyak 16 kontraktor yang mengambil bahagian ialah Amalgamated Plant Engineering Sdn Bhd, BWS Engineering Sdn Bhd, Dayang Enterprise Sdn Bhd, Deleum Primera Sdn Bhd, EPIC OG Sdn Bhd, Evolusi Bersatu Sdn Bhd.

Kontraktor lain ialah Haluan Cekap Sdn Bhd, Hyperwave Systems Engineering Sdn Bhd, Maysville Sdn Bhd, Petra Resources Sdn Bhd, Rahabco Engineering & Construction Sdn Bhd, Sapura Fabrication Sdn Bhd, Steel Hawk Engineering Sdn Bhd, Transfame Sdn Bhd, Turcomp Engineering Services Sdn Bhd dan UBF Maintenance Sdn Bhd.

-- BERNAMA

 


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]