Berita

Lapan stesen penyelidikan MPOB terima pensijilan MSPO



KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Lapan stesen penyelidikan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang melibatkan jumlah keluasan ladang sebanyak 6,456.1 hektar telah menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Kesemua stesen penyelidikan MPOB itu berjaya memperoleh pensijilan MSPO pada 31 Julai,  2019 dengan tempoh sah sijil selama lima tahun iaitu sehingga 30 Julai, 2024.

Stesen penyelidikan yang telah menerima pensijilan MSPO itu termasuk Stesen Penyelidikan MPOB Kluang, Johor yang membabitkan keluasan 890.30 hektar, Stesen Penyelidikan MPOB Keratong, Pahang (607.07 hektar), Stesen Penyelidikan MPOB Bagan Datuk, Perak (425 hektar) dan Stesen Penyelidikan Lahad Datu, Sabah (1,986 hektar).

“Pensijilan MSPO kepada ladang penyelidikan MPOB ini mencerminkan komitmen stesen penyelidikan ini dalam mematuhi kriteria amalan mampan MSPO yang diterima di peringkat antarabangsa,” kata Ketua Pengarah MPOB Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dalam kenyataan hari ini. 

Ladang penyelidikan MPOB ini telah mematuhi prinsip kemampanan seperti yang terkandung dalam piawaian MSPO termasuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Kesemuanya telah memastikan alam sekitar dan kepelbagaian bio sentiasa dipelihara melalui kecekapan pengurusan yang mampan dalam semua aspek pengurusan perladangan. 

-- BERNAMA


 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]