KUALA LUMPUR, 22 Nov -- Hibiscus Petroleum Bhd dijangka melaksanakan aktiviti pengumpulan dana dalam tempoh enam bulan akan datang bagi memperoleh lebih banyak aset, terutama di Asia Tenggara.
Kumpulan itu tidak mempunyai hutang pada masa ini dan berada pada kedudukan untuk mencapai tahap konservatif apabila keperluan muncul, katanya dalam kemas kini korporat dan perniagaan yang dikeluarkan sempena penyiaran keputusan suku tahun terkini.
"Berdasarkan aktiviti yang diunjurkan, kami menjangkakan akan membuat beberapa pinjaman, dan kami sedang menimbangkan pelbagai pilihan hutang yang ditawarkan," kata syarikat itu.
Baki tunai tanpa had Hibiscus Petroleum berjumlah RM179.4 juta pada 30 Sept.
Kumpulan itu melaporkan penurunan keuntungan bersih yang ketara kepada RM16.23 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2019, daripada RM100.0 juta setahun sebelumnya, dengan pendapatan lebih separuh daripada RM359.30 juta berbanding RM359.96 juta sebelumnya .
Hibiscus Petroleum menjual 44 peratus tong minyak lebih rendah dalam segmen North Sabah (pada 334,613 tong) dan 48 peratus lebih rendah bagi minyak mentah menerusi segmen Anasuria Hibiscus (pada 272,345 tong) pada harga terperinci yang lebih rendah setong berbanding suku yang sama tahun lepas .
Menerusi Misi 2021, syarikat itu menyasarkan untuk menghasilkan pengeluaran harian kira-kira 20,000 tong sehari minyak atau bersamaan minyak.
Dalam makluman perniagaannya, Hibiscus Petroleum berkata ia menjangkakan peluang pengambilalihan berkualiti tinggi di Asia Tenggara memandangkan medan minyak di kawasan tersebut matang dengan penggiat tekemuka akan mengkaji semula portfolio mereka.
Selain telaga yang baru digerudi di Malaysia dan United Kingdom, kumpulan ini menyasarkan untuk mengeluarkan 3.3 hingga 3.5 juta tong minyak pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2020, atau 16 peratus lebih tinggi daripada minyak sebenar yang dikeluarkan pada tahun kewangan sebelumnya.
"Kami jelas dengan isi 2021, dan kumpulan itu secara menyeluruh, aktig berusaha merealisasikannya. Menjelang 2021, aset sedia ada dijangka menghasilkan 12,000 tong minyak bersih setiap hari. Kami akan merapatkan jurang menerusi pengambilalihan," kata Pengarah Urusannya Dr Kenneth Pereira.
Beliau bekata kumpulan itu akan lebih selektif dan hanya akan melabur dalam aset yang dipercayai dapat menjana aliran tunai positif yang kukuh.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]