Berita

PRefChem capai punggahan diesel ke-5 daripada kilang penapisan di Pengerang



KUALA LUMPUR, 23 Nov -- Pengerang Refining and Petrochemical (PRefChem) hari ini mencapai satu lagi kejayaan dengan pemunggahan 300,000 tong diesel daripada kilang penapisannya di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC).

PRefChem berkata ini merupakan pemunggahan kelima produk diesel sejak Unit Diesel Hydrotreating kilang penapisan itu memperoleh status Ready For Start-Up (RFSU) pada Februari 2019, dan seterusnya mencapai pengeluaran pertama diesel sulfur ultra rendah pada 9 Ogos tahun ini. 

"Kilang penapisan itu, dengan kapasiti penapisan 300,000 tong minyak mentah sehari, akan mengeluarkan pelbagai produk petroleum ditapis, termasuk gasolin dan diesel yang memenuhi spesifikasi bahan api Euro 5,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan. 

Selain itu, kilang penapisan itu akan menyediakan bahan mentah bagi kompleks petrokimia bersepadu yang mempunyai kapasiti menghasilkan 3.3 juta tan metrik setahun produk petrokimia. 

Kilang penapisan itu dan kompleks petrokimia bersepadu tersebut sedang memulakan aktiviti dan dijangka seperti yang dirancang memulakan operasi komersial pada suku keempat 2019 kecuali kilang Atmospheric Residue Desulphurisation. 

Operasi komersial penuh bagi PRefChem disasarkan bagi separuh kedua 2020.

Kilang penapisan itu dan kilang-kilang petrokimia terpilih dimiliki dan dikendalikan oleh PRefChem, kerjasama strategik antara Petronas dan syarikat minyak Arab Saudi, Saudi Aramco, menerusi perkongsian sama rata dalam dua syarikat usaha sama. 

-- BERNAMA

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]