KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengesahkan kerajaan Sarawak dan pengawal cukai jualan negeri itu telah memfailkan saman terhadapnya atas dakwaan gagal membayar cukai jualan kepada negeri tersebut.
“Petronas mengesahkan bahawa pengawal cukai jualan negeri Sarawak dan kerajaan negeri Sarawak telah memfailkan tindakan terhadap Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching pada 21 Nov, 2019, kerana tidak membayar cukai jualan Sarawak ke atas produk petroleum,” menurut syarikat minyak nasional itu dalam kenyataan.
Pada Khamis lepas, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek), Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dalam kenyataan berkata Petronas tidak membayar cukai jualan negeri bagi produk petroleum yang ditetapkan mengikut Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.
“Sehubungan itu, kerajaan negeri tiada pilihan lain kecuali memulakan tindakan undang-undang untuk menuntut cukai yang belum dibayar,” katanya.
Jumlah yang dituntut daripada Petronas tidak disebut sama ada dalam kenyataan beliau mahupun kenyataan satu perenggan yang dikeluarkan oleh Petronas hari ini.
Cukai jualan negeri sebanyak lima peratus dikenakan pada 1 Jan tahun ini dan Petronas dikatakan satu-satunya syarikat minyak dan gas yang beroperasi di negeri itu yang belum membayar cukai jualan tersebut.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]