Berita

Petroventure Energy akan bina loji penapisan bernilai RM9.5 bilion di Sabah



KOTA KINABALU, 13 Dis -- Petroventure Energy Sdn Bhd hari ini telah memeterai Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) bagi membina loji penapisan dan penyimpanan petroleum Sabah yang pertama dengan nilai pelaburan sebanyak US$2.3 bilion (RM9.5 bilion).

Presiden dan Pengaran Urusan Petroventure Energy, Mohd Sham Mohd Yassin berkata kemudahan itu akan mempunyai kapasiti simpanan minyak sejumlah 2 juta tan padu manakala loji penapisan akan memiliki kemampuan sebanyak 3.5 juta tan setiap tahun, dengan pengeluaran diesel dan petrol sebagai produk utama. 

"Projek akan memakan masa kira-kira tiga hingga lima tahun.

"Projek ini juga akan membawa manfaat kepada penduduk Sabah dengan mewujudkan lebih daripada 3,000 pekerjaan semasa dalam tempoh pembinaan dan 500 potensi pekerjaan untuk projek yang bersesuaian," katanya. 

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, yang juga merupakan Menteri Perdagangan dan Industri negeri menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu hari ini. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC Geaneve Jane berkata tempat penyimpanan minyak dan loji penapisan akan dibina di Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) dan akan membuka jalan bagi kepelbagaian dalam aktiviti hiliran di negeri berkenaan. 

Ekonomi Sabah akan mendapat impak memandangkan produk dari loji penapisan itu akan mewujudkan rantaian bekalan baharu yang akan memanfaatkan banyak perniagaan. 

"Ia juga akan membantu kami mewujudkan lebih banyak peluang kepada usahawan serta pencari kerja," tambah beliau lagi.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]