Berita

SDI unjur JM Bariani House raih pertumbuhan pendapatan RM100 juta



KUALA LUMPUR, 21 Mei -- SD Impex Sdn Bhd (SDI) mengunjurkan JM Bariani House mencatat pertumbuhan pendapatan RM100 juta dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SDI, Nor Iskandar Naini Hanifah.

Beliau berkata pertumbuhan itu akan disokong oleh pembukaan lebih banyak cawangan dengan sasaran lima cawangan baharu pada setiap tahun.

“SDI sedang mengkaji pelbagai lokasi dan sedang berbincang dengan beberapa operator termasuk pemilik bangunan dan pemegang francais yang berminat untuk bekerjasama mengembangkan JM Bariani House.

"Kami akan mengkhususkan makanan mengikut permintaan dan lokasi tempatan serta menawarkan harga dan pengalaman yang kompetitif," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Setakat ini, JM Bariani House yang menawarkan hidangan makanan asli khas Johor mempunyai sembilan cawangan restoran iaitu di Subang, Rawang, Wangsa Walk, Evo Mall Bangi, Tesco Puncak Alam, Tesco Setia Alam, USJ 9, Mydin Subang dan Tesco Shah Alam.

Dalam pada itu, beliau berkata SDI turut memperkenalkan konsep imej baharu, namun masih mengekalkan keaslian makanan itu sejak setahun lepas.

Cawangan di Wangsa Walk di ibu negara merupakan projek pertama yang diubah suai dengan imej baharu tersebut dan beberapa menu baharu turut diperkenalkan.

SDI telah mengambil alih hak francais JM Bariani House dengan kos RM5.5 juta pada Januari 2019.

Ia terlibat dalam perniagaan industri makanan dan minuman, mempunyai pemilikan dan pengurusan perniagaan restoran, kedai serbaneka, bekalan dan pengeluaran ayam halal segar dan katering makanan. 

-- BERNAMA 

 

 

 




    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]