Berita

Petronas berada pada kedudukan baik untuk harungi harga minyak rendah - Moody's



KUALA LUMPUR, 7 Mei  -- Penarafan terhadap syarikat-syarikat minyak nasional (NOC) di Asia, termasuk Petronas, berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi harga minyak yang rendah, yang disokong oleh dana negara yang kukuh, kata sebuah syarikat penarafan kredit antarabangsa.

Naib Presiden Kanan Perkhidmatan Pelabur Moody, Vikas Halan berkata perubahan penarafan untuk NOC di Asia tidak banyak walaupun harga minyak yang rendah menyurkarkan metrik kredit mereka.

"Kami menjangkakan kenaikan tambahan yang disebabkan oleh sokongan dana negara dapat dimasukkan dalam penilaian kebanyakan NOC sekiranya Penilaian Kredit Asas mereka menurun," katanya dalam satu kenyataan.

Lebih-lebih lagi, NOC yang telah melindungi risiko harga untuk sebilangan pengeluaran mereka akan berada pada posisi yang lebih baik untuk menahan penurunan dalam harga minyak mentah dalam waktu yang terdekat.

Mereka yang mempunyai simpanan tunai yang besar, seperti China National Petroleum Corporation dan Petronas, juga dapat melindungi profil kredit mereka daripada harga minyak yang rendah sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan akan datang, kata Halan.

Beliau berkata penyimpanan tunai akan menjadi keutamaan semasa persekitaran harga minyak rendah, dan NOC cenderung untuk mengurangkan pulangan pemegang saham, perbelanjaan modal dan pelaburan.

Namun, ketergantungan kepada pendapatan sektor minyak dan gas oleh beberapa kerajaan dapat mengekang kemampuan NOC masing-masing untuk mengurangkan dividen.

Selain itu, Halan menjangkakan kebanyakan NOC mempunyai mudah tunai yang kukuh dan akses yang kukuh kepada pasaran modal berikutan kepentingan strategiknya.

Pertamina milik negara Indonesia dan Petronas, masing-masing telah berjaya mengumpulkan sebanyak US$3 bilion dan US$  bilion melalui pasaran hutang tahun ini.

-- BERNAMA





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]