Berita

KPower peroleh projek bernilai RM208.08 juta di Nepal

Kumpulan Powernet Bhd (KPower)

KUALA LUMPUR, 13 Mei -- Kumpulan Powernet Bhd (KPower) memperoleh projek bernilai RM208.08 juta (US$48 juta) daripada Ghaurishankar Power Development Pvt.Ltd (GPD) untuk mereka bentuk, pembekalan, pembinaan, pengoperasian dan menyiapkan loji tenaga hidro mini dengan kapasiti 22.9 megawatt (MW) di Solukhumbhu, Nepal.

Pengarah Urusan KPower Mustakim Mat Nun berkata skop kerja termasuklah kejuruteraan, pembinaan, pemantauan, pengujian, pengoperasian, membaik pulih kerosakan selama Tempoh Liabiliti Kecacatan dan penyediaan semua peralatan, kerja-kerja tetap dan kerja-kerja sementara berkaitan projek itu.

Beliau berkata GPD dan KPower atau mana-mana anak syarikat yang dinamakan hendaklah memeterai perjanjian definitif dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja bermula dari tarikh memperoleh projek itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang ditentukan oleh GPD.

"Kami gembira diberikan projek ini dengan GPD kerana ia melambangkan pencapaian baharu bagi syarikat kami berikutan kami secara rasminya mewujudkan operasi di Nepal buat kali pertama.

"Ini adalah hasil daripada kerjasama pasukan pengurusan kami dengan pengeluar turbin Eropah yang terkemuka dalam mencari peluang baharu untuk pembangunan loji tenaga hidro di Nepal sejak dua tahun lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, selepas perjanjian definitif ditandatangani secara rasmi, KPower yakin projek itu akan menyumbang kepada aset bersih, pendapatan disatukan dan pendapatan sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021 hingga 30 Jun 2023.

"Dengan projek bernilai RM208.08 juta itu, saya berbangga untuk menyatakan bahawa syarikat telah mencapai sasaran nilai perolehan kontrak dalaman sebanyak RM1 bilion untuk 2020," katanya.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]