Senarai Berita

Syarikat pemula niaga perlu tinjau peluang selain sektor IT

Oleh Mohd Khairi Idham Amran

KUALA LUMPUR, 14 Nov -- Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah menggesa pengusaha syarikat pemula niaga untuk mengubah persepsi dengan meninjau peluang melangkaui teknologi maklumat (IT) sebagai perniagaan pilihan mereka.


India mahu OPEC tidak potong lebih banyak pengeluaran minyak

ABU DHABI, 13 Nov -- India meminta Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak memotong lebih banyak pengeluaran minyak, memandangkan langkah itu boleh menjejaskan kepentingan pengguna, kata Menteri Minyak dan Gas Dharmendra Pradhan.

Anak muda duta kecekapan tenaga yang berkesan - Yeo

BANGI, 13 Nov -- Anak muda adalah duta dan aktivitis yang berkesan untuk mempengaruhi keluarga dan masyarakat berhubung kepentingan amalan cekap tenaga, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.


108 syarikat tempatan dapat manfaat daripada VDP Petronas dengan nilai kontrak RM9 bilion - Azmin

KUALA LUMPUR, 13 Nov -- Sebanyak 108 syarikat tempatan mendapat manfaat melalui program pembangunan vendor (VDP) Petronas dengan kontrak bernilai kira-kira RM9 bilion setakat Oktober tahun ini.


IMELC 2019 didik masyarakat jimat penggunaan karbon dioksida

JOHOR BAHRU, 12 Nov -- Penglibatan lebih 47,000 pelajar dari 475 sekolah rendah di seluruh Johor dalam Pertandingan Iskandar Malaysia Ecolife Challenge 2019 (IMELC 2019) dilihat berjaya mendidik masyarakat mengenai penjimatan penggunaan karbon dioksida.

Penyenaraian Saudi Aramco petunjuk bahawa kerajaan Arab Saudi mahu perjanjian dimuktamadkan

KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Selepas bertahun-tahun tertangguh, penyenaraian syarikat minyak terbesar dunia, Saudi Aramco, yang dijadualkan bulan depan, dilihat sebagai petunjuk bahawa kerajaan Arab Saudi mahu memuktamadkan urusan itu dengan segera.


Syarikat minyak digalak jual produk petroleum di bawah harga ditetap kerajaan

PUTRAJAYA, 12 Nov -- Produk petrol di stesen minyak boleh dijual di bawah harga yang ditetapkan kerajaan melalui amalan persaingan antara syarikat minyak, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Petronas terus sokong pembangunan tenaga kerja minyak & gas

KUALA LUMPUR, 12 Nov -- Petronas memperkenalkan program perantisan baharu untuk pekerja minyak dan gas separuh mahir tempatan dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan kontraktor Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) yang mengambil bahagian.

Ekonomi Biru bakal dimasukkan dalam projek kajian kemungkinan tahun depan - Azmin

KUALA LUMPUR, 11 Nov -- Ekonomi Biru bakal menjadi satu cabang baharu kajian di bawah Projek Kajian Kemungkinan yang dijalankan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada tahun hadapan.


55 peratus tanaman sawit negara terima pensijilan MSPO sehingga September

PONTIAN, 11 Nov (Bernama) – Seluas 3.19 juta hektar atau 55 peratus daripada keseluruhan 5.85 juta hektar tanaman sawit di negara ini sudah menerima pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)  sehingga 30 Sept lepas, kata Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim.




    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]