Berita

Shahril Shamsuddin dilantik semula sebagai Pengerusi Mimos

Tan Sri Shahril Shamsuddin

KUALA LUMPUR, 9 Jun -- Pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional, MIMOS Bhd, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), melantik semula tokoh korporat, Tan Sri Shahril Shamsuddin sebagai pengerusi berkuat kuasa 18 Mei, 2020.

Menurut MIMOS, Shahril, 58, presiden dan ketua pegawai eksekutif Sapura Energy Bhd, pernah memegang jawatan yang sama bagi tempoh 16 Jan, 2005 hingga 4 Julai, 2008.

Ia berkata kali ini beliau menggantikan Datuk Wira Omar Kaseh yang menamatkan tempoh perkhidmatan selama tiga tahun.

“Semasa tempoh terdahulu beliau dengan MIMOS, agensi ini telah mengalihkan fokus daripada pembangunan perniagaan kepada aktiviti R&D bagi pengkomersialan ke arah mempertingkat daya saing negara,” menurut MIMOS dalam kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Emelia Matrahah berkata MIMOS menyambut baik pelantikan semula Shahril.

“Kami yakin dengan pengalaman luas dan portfolio yang pelbagai beliau mampu memimpin MIMOS ke tahap yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan yang sama.

MIMOS juga menjadi agensi kerajaan pertama yang komited menerapkan unsur integriti dan etika sebagai sebahagian daripada tadbir urus korporat dalam mentransformasikan budaya R&D nasional.

“Pelantikan semula ikon minyak dan gas ini mengambil kira kepakaran beliau dalam bidang pengurusan, kepimpinan korporat dan keupayaannya dalam bidang-bidang intensif teknologi,” kata MIMOS.

Shahril memiliki ijazah Sarjana Sains dalam Pengurusan Teknologi dari MIT Sloan School of Management, Amerika Syarikat dan Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Industri dari California Polytechnic State University, Amerika Syarikat.

Beliau juga  dianugerahkan Doktor Kehormat dalam Pengurusan Teknologi oleh Universiti Teknologi Malaysia pada Mei 2013.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]