Berita

Petronas jual limbungan Teluk Ramunia kepada Serba Dinamik pada harga RM320 juta



KUALA LUMPUR, 12 Jun --  Serba Dinamik  Holdings Bhd telah membeli limbungan pemfrabikatan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) di Teluk Ramunia, Johor pada harga RM320 juta.

Penyedia perkhidmatan kejuruteraan bersepadu global itu berkata, limbungan seluas 68.78 hektar itu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kerja-kerja pemfrabikatan keluli platform luar pesisir dan struktur lain sehingga 50,000 tan.

"Disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Kompleks Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia Petronas (RAPID) di Pengerang, cadangan pengambilalihan ini merupakan satu peluang bagi Kumpulan  Serba Dinamik  untuk menceburi segmen perkhidmatan marin dan luar pesisir di lokasi strategik," kata pemain huluan luar pesisir itu dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan  Serba Dinamik  Datuk Dr Ir Mohd Karim Abdullah berkata syarikat itu mempunyai banyak peluang dalam mengembangkan keupayaan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC). 

"Peluang ini bukan sahaja wujud di Malaysia tetapi di seluruh rantau dan Timur Tengah. Dengan perjanjian ini serta penambahan dalaman yang lain, kami percaya bahawa kami akan dapat memperkembangkan lagi keupayaan kumpulan.

"Kemudahan ini akan membantu dalam menunaikan pelbagai usaha dalam kontrak, dan dengan itu akan  mengukuhkan lagi aktiviti kumpulan di persisiran pantai serta luar pesisir termasuk meningkatkan lagi rantaian nilai kami dalam pekerjaan penyelenggaraan dan EPCC," katanya

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]