Berita

Serba Dinamik agih pek makanan RM500,000 kepada petugas barisan hadapan



KUALA LUMPUR, 13 Mei  -- Menghargai petugas barisan hadapan negara yang bertugas sepanjang bulan Ramadan,  Serba Dinamik  Holdings Berhad tampil menyumbangkan pek makanan bernilai RM500,000 kepada mereka di sekitar Shah Alam.

Naib Presiden Kumpulan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Umumnya Syaiful Radzman Osman berkata agihan pek makanan tersebut sebagai tanda terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang berusaha demi memastikan penularan wabak pandemik COVID-19 dapat diputuskan. 

"Kami berharap pek sumbangan Ramadan ini akan membolehkan petugas barisan hadapan menikmati juadah sambil menjalankan tugas secara mudah dan pantas ketika berbuka dan bersahur dan juga sebagai apresiasi terhadap sumbangan mereka kepada negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rangkaian kerjasama dengan Asian Taste, Syarikat SD Impex Sdn Bhd (SDI) itu telah mengedarkan sebanyak 2,000 pek bubur lambuk, 1,000 pek biskut raya dan 1,000 pek makanan kepada warga petugas barisan hadapan termasuk di Hospital Shah Alam, Hospital Avisena, Klinik Kesihatan Seksyen 7 dan 19; Balai Polis Seksyen 6 dan 9; serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9.

Menurut Syaiful Radzman, pihaknya turut mengagihkan 1,000 pek makanan kepada warga petugas  Serba Dinamik  semasa berbuka puasa tahun ini.R

"Ini adalah satu norma baharu yang telah disusun atur oleh kumpulan  Serba Dinamik  untuk mematuhi syarat-syarat dalam prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.  

Selain itu, sinaran cahaya biru selama 60 minit yang menerangi bangunan Menara  Serba Dinamik  pada waktu malam itu turut dibuat sebagai tanda menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan negara.

 Serba Dinamik  Holdings Berhad merupakan firma perkhidmatan tenaga antarabangsa yang menyediakan penyelesaian kejuruteraan kepada industri penjanaan tenaga serta minyak dan gas.

-- BERNAMA

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]