Berita

Destini raih kontrak selama empat tahun daripada Nippon



KUALA LUMPUR, 12 Mei -- Anak syarikat minyak dan gas Destini Bhd, Destini Oil Services Sdn Bhd (DOS) meraih kontrak untuk penyediaan peralatan dan perkhidmatan tiub kepada JX Nippon Oil and Gas Exploration (NIPPON) selama empat tahun.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya tempoh kontrak itu dilengkapi dengan pilihan lanjutan satu tahun dan DOS diminta untuk memberi NIPPON panggilan pertama yang tidak boleh dibatalkan dan jaminan bank tanpa syarat berjumlah RM809,000.

“Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih Destini untuk tempoh kewangan berakhir 31 Dis, 2020 dan tempoh kewangan sepanjang tempoh kontrak serta untuk lanjutan, jika pilihan untuk lanjutan dilaksanakan,” katanya. 

Katanya NIPPON dan PETRONAS Carigali Sdn Bhd merupakan rakan usaha sama untuk penerokaan, pembangunan dan pengeluaran minyak mentah dan gas untuk Blok SK10, luar pesisir Sarawak.

NIPPON kini menjalankan pelbagai aktiviti untuk pembangunan dan penerokaan termasuk penggerudian.

Destini berkata faktor risiko untuk kontrak tersebut termasuklah tidak memenuhi syarat-syarat kontrak yang penting, yang menyebabkan kontrak tamat.

"Bagaimanapun, DOS akan mengambil semua langkah yang wajar untuk memastikan syarat-syarat kontrak dipenuhi," katanya.

-- BERNAMA

 

 





    Berita Lain-lain

Sarawak Lepasi Sasaran Kapasiti Gabungan Tenaga Boleh Baharu Tahun Ini - Abang Johari

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.


Sarawak Pacu Pertumbuhan Tenaga Boleh Diperbaharui Untuk Manfaat ASEAN - Premier

SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.             


Belanjawan 2025 Percepat Peralihan Kepada Tenaga Bersih - Solarvest

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd. 


    Main Sponsor


    Quotes



© 2025 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]