Berita

Unit Ranhill Utilities dapat kontrak bernilai RM14.7 Juta



KUALA LUMPUR, 27 Julai -- Unit Ranhill Utilities Bhd, Ranhill Water Technologies Sdn Bhd, telah memperoleh kontrak bernilai RM14.7 juta dari Build Land Technology Sdn Bhd untuk kerja-kerja mekanikal dan elektrikal bagi projek air di Melaka.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Ranhill Utilities berkata projek itu adalah sebahagian daripada kerja-kerja pembangunan modal untuk Syarikat Air Melaka Bhd yang dijalankan oleh Pengurusan Aset Air Bhd.

"Projek ini, yang akan dilaksanakan dalam tempoh 24 bulan akan datang, ia akan memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan untuk tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2020," katanya.

Di bawah kontrak tersebut, Ranhill akan membekalkan semua bahan, tenaga kerja, kilang dan keperluan yang diperlukan untuk pelaksanaan, penyelesaian, pengujian dan pentauliahan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk Loji Rawatan Air Merlimau dan Lanchang di Melaka.

-- BERNAMA

 

 


 




    Berita Lain-lain

Solarvest Akan Pasang Panel Fotovoltaik Solar Terbesar Di Malaysia Di Pusat Beli Belah 1 Utama

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.


Verdant Solar Sasar 2,600 Pemasangan Panel Pada Tahun Ini - Ceo

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.


Aidilfitri: Orang Ramai Dinasihat Utamakan Keselamatan Elektrik Dan Gas - St

PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.


    Main Sponsor


    Quotes



© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.

Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]