KUCHING, 24 Julai -- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) membeli dua bidang tanah di Tanjung Kidurong, Bintulu, baru-baru ini dalam usaha terbaharunya untuk mempersiapkan secara strategik bagi jangkaan pertumbuhan ekonomi yang pesat di bandar tersebut yang terletak di bahagian utara negeri itu.
Pengerusi SEDC Tan Sri Abdul Aziz Husain berkata tanah seluas 406 hektar itu (1,002.2 ekar) dibeli dengan harga RM340 juta dan akan menyediakan manfaat bagi perbadanan tersebut susulan penubuhan hab petrokimia di sana seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg baru-baru ini.
"Membeli tanah itu merupakan keputusan perniagaan strategik yang telah dipertimbangkan dengan teliti. Ia juga merupakan satu-satunya bidang tanah besar yang ada berdekatan dengan kompleks petrokimia gas asli cecair (LNG) yang berdekatan dengan pinggir laut,” katanya dalam satu kenyataan bagi mengumumkan pembelian itu.
Menurut Abdul Aziz, SEDC membeli tanah itu dengan harga murah dan di bawah harga pasaran iaitu pada RM339,000 per ekar berbanding penilaian Jabatan Tanah dan Survei pada RM344,000 per ekar.
“Penubuhan Hab Petrokimia Sarawak akan menarik minat pemain utama dalam industri petrokimia dan berpotensi menarik pelabur serta pelaburan langsung asing,” katanya.
Abdul Aziz, yang memetik laporan Agensi Tenaga Antarabangsa bertajuk ‘The Future of Petrochemicals Towards More Sustainable Plastics and Fertilisers’, berkata petrokimia dijangka menyumbang lebih satu pertiga daripada pertumbuhan permintaan minyak global menjelang 2030 dan kira-kira separuh menjelang 2050.
“Oleh itu, penghubung antara ekonomi global yang sedang berkembang serta teknologi canggih akan berkait dengan peningkatan permintaan bagi produk petrokimia,” katanya.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]