KUALA LUMPUR, 6 Ogos -- Subsidiari milik penuh Serba Dinamik Holdings Bhd, Serba Dinamik International Ltd (SDIL) telah menerima surat anugerah dari Future Digital Data Systems LLC (FDDS) bagi melaksanakan kontrak pemerolehan, pembinaan, kejuruteraan, penyiapan sebuah pusat data dan kemudahan berkaitan seperti infrastruktur serta lanskap di Emiriyah Arab Bersatu (UAE).
Projek bernilai US$350.0 juta (kira-kira RM1.47 bilion) itu dijangka bermula pada 1 Sept 2020 di Mussafah, Abu Dhabi secara berfasa dan merupakan pelan induk untuk pusat data teknologi maklumat (IT) dengan kapasiti 20MW.
"Pusat data ini boleh mengadakan sistem misi kritikal dan menyediakan perkhidmatan lokasi bersama, kesinambungan perniagaan serta kemudahan khidmat terurus kepada organisasi tempatan dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif FDDS untuk membangunkan satu siri pusat data di seluruh wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA) yang akan menyokong aktivitinya di Abu Dhabi serta di seluruh Majlis Perbadanan Teluk (GCC) dengan menawarkan penyelesaian teknologi awan, kecerdasan buatan, pembelajaran mesin, Internet Pelbagai Perkara (IoT) dan Analitis Data Besar.
Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Serba Dinamik , Datuk Dr Mohd Karim Abdullah berkata projek itu mencerminkan kemampuan kumpulan untuk terus memenangi tender walaupun berada dalam persekitaran ketidaktentuan berikutan kegawatan ekonomi dan pandemik COVID-19.
Kumpulan yakin mampu mencatatkan satu lagi kejayaan bagi tahun kewangan berakhir 2020 memandangkan kontrak ini bukan sahaja akan meningkatkan lagi aliran utamanya tetapi juga menyumbang secara signifikan kepada segmen IT.
"Projek ini juga akan mengukuhkan jenama kami di seluruh rantau MENA.
"Walaupun projek ini menggambarkan kemampuan kumpulan yang pelbagai, selain daripada industri minyak dan gas, ia juga menunjukkan potensi yang besar dalam ICT untuk pasaran korporat dan pengguna selepas banyak perniagaan dan individu mula menggunakan amalan kerja baharu atau proses yang memerlukan teknologi di sekitar Revolusi Industri 4.0.
"Kami lihat penggunaan ini mula meningkat sejak pandemik," katanya.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bandar Utama City Centre Sdn Bhd melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd, untuk memasang panel fotovoltaik (PV) solar terbesar di Malaysia dan panel PV bersepadu-bangunan di pusat beli-belah 1 Utama.
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga solar, Verdant Solar Sdn Bhd menyasarkan untuk menggandakan bilangan pemasangan panel solarnya kepada 2,600 pada tahun ini berbanding 1,300 pada 2023.
PUTRAJAYA, 8 April 2024 (Bernama) -- Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]