KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Anak syarikat milik penuh Eversendai Corporation Bhd (Eversendai), Eversendai Offshore RMC FZE telah menyerahkan projek struktur jaket tenaga boleh diperbaharui luar persisir Eropah pertamanya untuk kincir angin luar pesisir Hollandse Kust Zuid (HKZ) di Belanda.
Dalam satu kenyataan hari ini, Eversendai berkata projek itu adalah struktur jaket asas untuk platform substesen angin luar pesisir berkapasiti 700 megawatt (MW) kepada Petrofac Ltd untuk HKZ Alpha yang dibangunkan oleh pengendali sistem penghantaran Belanda, TenneT.
"Zon Hollandse Kust Zuid berkuasa 1.4-gigawatt itu merangkumi empat ladang angin luar pesisir yang akan dihubungkan ke substesen HKZ Alpha dan Beta.
"Meliputi kawasan seluas 235.8 kilometer persegi, Zon Pertanian Ladang Angin HollandseKust (Zuid) adalah zon ladang angin khas yang terletak di luar wilayah Belanda, Zuid-Holland," katanya.
Eversendai berkata skop kerja untuk projek itu merangkumi fabrikasi kejuruteraan, fabrikasi dan pembinaan jaket, cerucuk serta muatan dan pengukuhan bahagian khas untuk laut.
"Ia adalah jaket terbesar dan berat yang dibina oleh Eversendai Offshore setakat ini, seberat 4,400 tan, 39 meter panjang, 20 meter lebar dengan ketinggian 45 meter," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Eversendai Offshore, Narish Nathan berkata projek itu merupakan pencapaian yang signifikan bagi syarikat dalam menyiapkan projek tenaga boleh diperbaharui angin luar pesisir Eropah pertamanya dengan mengambil kira semua sekatan dan gangguan operasi akibat penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]