KUALA LUMPUR, 3 Julai -- PETRONAS melalui bahagian modal teroka korporatnya, PETRONAS Ventures telah memeterai perjanjian dengan pemula niaga tenaga, SOLS Energy Sdn Bhd bagi melabur dalam sistem fotovoltaik solar (PV) yang mampu menyediakan tenaga lestari untuk sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta kediaman di Malaysia.
Ketua PETRONAS Ventures Mohd Azli Ishak berkata, pelaburan tersebut akan melengkapkan pertumbuhan perniagaan tenaga PETRONAS yang baharu di pasaran solar.
"Inisiatif ini adalah sejajar dengan agenda kelestarian PETRONAS dan matlamat pembangunan mapan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang memberi tumpuan kepada penyediaan pendidikan teknikal yang berkualiti kepada belia, penggalakan pertumbuhan ekonomi yang mampan serta pengurangan pengeluaran gas rumah hijau melalui penjanaan tenaga bersih," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perjanjian itu juga menandakan inisiatif pelaburan modal teroka kedua bagi syarikat minyak dan gas negara itu, dalam usahanya bagi mengukuhkan komitmen PETRONAS dalam ruang tenaga boleh diperbaharui sebagai rakan kongsi penyelesaian.
SOLS Energy adalah sebuah syarikat penyelesaian sehenti yang mereka bentuk, mengedar, menyelenggara dan memasang sistem tenaga solar berkualiti tinggi pada kadar yang kompetitif.
Ia juga menjalankan akademi solar pertama di Malaysia yang menawarkan kemahiran teknikal dalam industri solar termasuk latihan pembangunan peribadi kepada belia tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Raj Ridvan berkata syarikat tersebut berhasrat untuk mewujudkan masa hadapan yang dijana dengan teknologi dan tenaga yang lestari.
"Kami percaya penerimaan sistem solar PV berada pada titik penerimaan di Malaysia, dan dengan peraturan kerajaan membabitkan pemeteran tenaga bersih serta kos peralatan yang lebih rendah, kami melihat saiz pasaran yang berpotensi besar di Malaysia serta di Asia Tenggara," katanya.
Transaksi daripada perjanjian ini dijangka selesai pada akhir Julai tahun ini.
-- BERNAMA
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak mencapai 62 peratus sasaran campuran kapasiti tenaga boleh baharu (TBB) tahun ini, melepasi sasaran 60 peratus yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.
SINGAPURA, 21 Okt (Bernama) -- Sarawak komited menyokong peralihan tenaga boleh diperbaharui di Asia Tenggara dengan memanfaatkan potensinya sebagai "Bateri ASEAN," yang akan membekalkan tenaga bersih menerusi sambungan Grid Kuasa Borneo dan ASEAN.
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 merupakan satu langkah ke arah mempercepat peralihan kepada tenaga bersih di Malaysia, kata Solarvest Holdings Bhd.
© 2024 BERNAMA. All Rights Reserved.
Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Contact us :
General [ +603-2693 9933, helpdesk@bernama.com ]
Product/Service Enquiries [ +603-2050 4466, digitalsales@bernama.com ]